05 August 2009

jaulah hidup..

dalam perjalanan hidup,

ada kalanya kita akan tersadung, lalu jatuh..

apakah yang perlu kita lakukan saat ia berlaku sedemikian?

adakan kita akan cuba untuk bangkit kembali?

kerna jika tidak, perjalanan kita akan tersadai di situ sahaja.

tak mungkin dapat kaki melangkah saat wajah mencium bumi..

adakah sukat untuk bangkit kembali..?

telah Allah kurniakan tangan dan kaki buat diri, mana mungkin sukar untuk diri bangun setelah jatuh dek tersadung pada unjuran bumi..

biarpun kerap kali dicuba, kita akan jatuh..

bertanyalah pada diri.. "adakah ini pengakhiran buat ku?"

ketahuilah, selagi diri masih terus berusaha, pintu kejayaan itu masih terbuka..

ia hanya menanti saat izin dariNya untuk membenarkan diri melangkah menerusinya..

kan tetapi, saat diri berputus asa, dengan pantas, pintu kejayaan itu akan menghempas tutup dengan rapi.. dan tiada lagi ruang untuk membolos padanya..

persoalan buat diri..
"adakah diri sanggup untuk terus berusaha sehingga ke titisan terakhir?.."

1 comment:

h_v said...

noooooooooooooooooo!
today i'll answer for u..
im GIVING UP!!!!!!!!!!!!