04 August 2009

wahai hati..

wahai hati..
mengapa engkau jadi begini..
tidak cukupkah Allah bagimu..
sehinggakan perlu ada rasa kurang senang pada sahabat, saudaramu..

telah dia tarik segala yang dulu ada padamu..
seolah telah dia tekad untuk gantikan dirimu dalam segenap perilaku..
biarkan dia, kerna tidak engkau tahu..
adakah benar sangsimu, ataupun lahirnya dari bisikan durjana di sekelilingmu..

wahai hati..
bersihkan diri..
pergi sepi, membawa diri..
tiada lagi ruang buatmu kini..

tiada tempat bagimu untuk berpijak, melainkan dia hadir bersama..
bawalah diri agar tidak muncul hasad dengki..
elakkan persengkataan, kelak hanya meruntunkan jiwa..
lemparkannya jauh pergi, harapnya takkan ia kembali hadir di sisi..

telah diambil darimu segala2nya..
sahabat, teman, tugasan bersama..
biarlah ia, kerna itu pilihan mereka..
tiada lagi ruang buatmu, untuk turut serta..

wahai hati..
andai diri masih tidak pasti..
ingatlah pada kisah yang digariskan dalam kalam al-kareem..
tapisan mengalirkan hanya yang ikhlas dan sabar pada al-Azim..

pada thalut Allah tinggikan..
lalu banyak hati berpaling kerana enggan..
pada sungai Allah terhadkan..
kerna hati tidak kuat, ramai tenggelam dek kehausan..
saat berhadapan megahnya tentera lawan..
hanya segelintir tinggal untuk berhadapan..
yakin pada janji ya Rabb, Ya Rahman..
hanya hati yang suci lagi bersih, kukuh setia pada iman..

No comments: