17 August 2010

kadang kala, jika merasa diri terlalo egois pada tuhan, fikir2kan lah
bagaimana harus dilahirkan perasaan betapa hina diri menghadap tuhan..

sering kali, apabila telah menjadi suatu kebiasaan melakukan suatu amal,
maka, apabila berdamping dengan orang sekitar, lahir rasa diri ini sudah hebat berbanding mereka.. kerana diri tidak terasa jerih melakukan amal itu, sedangkan mereka yang lain masih terkial2 untuk melaksanakannya..

tapi, pada hakikatnya, diri telah lupa..

biarpun jika dikira secara lahirnya, diri dan mereka melakukan sejumlah amal yang sama..

namun, apakah diri boleh yakin ganjaran yang diri peroleh jauh lebih banyak dari mereka..?

sedangkan, kalau mengikut perkiraan yang disukai oleh ya Rabb..
lagi susah mendidik diri untuk melaksanakan suatu amal, lagi tinggi darjat amal itu dari sudut pandanganNya...

jika tidak, mengapa Dia telah berfiman, yang mahfumnya berbunyi..
"Segala amalan soleh anak Adam akan dilipatgandakan; satu kebaikan dilipatgandakan menjadi sepuluh kali ganda, bahkan sampi 700 kali ganda, melainkan puasal, kerana puasa adalah milik-Ku dan hanya Akulah yang akan membalasnya; hal ini kerana, seseorang yang berpuasa itu meninggalkan syahwat dan makanannya kerana Aku."

Amal puasa itu Dia spesifikkan hanya milikNya, kerana ia menjadi suatu penyaksian bahawa yang berpuasa itu meninggalkan syahwat keranaNya..

Jadi, mereka yang melakukan suatu amal baru buat mereka, pasti perlu melatih diri meninggalkan segala panggilan2 syahwat untuk lari dari amal itu.. dan kalau mereka berjaya melawan syahwat itu, dan melaksanakan amal itu, sudah pasti mereka itu akan lebih mendapat ganjaran dari Nya berbanding diri yang sudah biasa melkasanakan amal itu.

wallahu'alam..

No comments: