16 January 2010

my love..

ya Rabbul Alamin..
Allah SwT..

hanya satu sahaja Kuasa, dan deenul haq ini dariNya buat para hambaNya..

kepadaMu diri berserah..

kepadaMu diri memohon..

agar segalanya ikhlas untuk redhaMu..

agar tiada yang tersia kerana ujub dan takbur menyelinap tanpa diusul..

Engkau menciptakan aku..

dan

kepada Engkau sahaja aku kan kembali..

Engkau yang mengizinkan setiap rezeki untuk datang dan pergi..

dan

Engkau menganugerahkan kesihatan..

Engkau juga mampu mengambilnya kembali, kerana ianya milikMu.. tanpa ragu..

maka, ya Rabb..

andainya sakit yang kurasai ini satu nikmat pemberian buat diri ini khas dariMu hanya buat diriku..

bantulah diriku untuk menerima setiap pemberianMu itu dengan kasih, sebagaimana Engkau

menerima untuk diriku bernafas di muka bumi ini buat pertama kali suatu ketika dahulu..

dan

jika ia bakal membawa aku pergi bertemu denganMu tidak lama lagi..

smoga, perginya diriku berganti seorang yang kasih padaMu dalam keluarga kandungku..

limpahkan hidayahMu ya Rabb buat mereka.. sehingga mereka mengasihiMu tanpa rasa ragu dalam diri..

ya Raheem..

forgive me for disobeying U.. for not fullfilled what i asked others to do..
forgive me for never show im proud to know my love..my only One true Lord..

forgive me.. do forgive me Allah..please do..

No comments: