23 January 2010

musafir ini mungkin tersasar niat..
biarpun dirasakan telah ditajdid niat saat bertolak.. namun, mungkin ia salah..
namun, kerana tekad untuk bertemu sahabat, saudara perjuangan,
setiap mehnah yang menimpa, tidak gusar dijadikan alasan untuk menghentikan permusafiran ini..
bekalan, pergantungan pada Yang Berkuasa, Yang Menentukan segala urusan setiap insan..
akhirnya tiba pada destinasi 1st dalam jadual permusafiran..
bertemu dengan saudara perjuangan.. dan juga bertemu dengan adik yang ku sendiri terkejut kerana sekali lintas, mampu mengingati namanya sedangkan pertemuan itu berlaku hampir 2 tahun yang dahulu.. sememangnya Allah yang menentukan segala2nya..
keesokan harinya, saudara ku mempunyai urusan lain, dan aku meneruskan perjalanan ku ke utara seorang diri..
berbekalkan keyakinan bahawa Allah itu sentiasa ada di sisi, ku meneruskan langkah..
setibanya pada pit-stop interchange, diri menjadi kaget.. apakah benar ini tempatnya..
lantas ku menelefon sahabatku yang menetap di sana untuk bertanyakan bagaimana untuk ke tempat yang ingin dituju dari sana..
alhamdulillah, sekali lagi Dia permudahkan..
aku akhirnya berjaya menaiki keretapi api yang mempunyai 3 tingkat..
dan perjalanan di dalamnya mengambil masa hampir 3 jam..
setibanya di sana..
baru ku sedar.. keadaan terlalu panas..
sehinggakan dirasakan seolah2 berada di padang pasir..
ku menelefon pula saudara ku yang berada di sana untuk mengambil ku pulang ke rumahnya..
menunggu dalam 15 minit, akhirnya dia tiba..
dalam kenderaan dakwahnya, memang tiada bezanya dengan keadaan diluar..
malah, seperti berada di dalam sauna berada di dalam keretanya..
namun, aku bersyukur, kerana dipermudahkan untuk tiba ke rumahnya..
sampai di rumahnya, aku bertemu dengan kenalan ladang ku..
^_^

selepas meletakkan barang2 ku, kenalan ku membawa ku bertemu dengan 'kakak2' mereka di sana, di rumah berhampiran..
aku pun mengikut sahaja.. memang aku datang untuk bertemu dengan semua org.. at least kenalan ku dan kawan2 mereka..
rupa2nya, kakak2 itu mengenali diriku, walaupun aku tidak pun mengingati mereka..
mereka berkata pernah bertemu suatu ketika dahulu, hampir 3 tahun lampau..
aku kagum dengan daya ingatan mereka..
ok, malam itu aku dan sahabat2 ku pergi membeli belah barang rumah di kedai supermarket..
dan dinner kami - pizza + buah2 dari supermarket.. =)
esoknya, aku ke uni bersama saudaraku..
dan di perjalanan itu, kami terserempak dengan seekor anjing comel..
=)
tidak tahu kemaan tuannya.. tapi memang teramat comel..
berjalan2 di sekitar uni, suatu keadaan yang diriku rasakan ideal untuk belajar..
bertemankan alam sekitar yang lebat tumbuh di dalamnya..
petangnya, kami menikmti eskem, sahabat ku belanja..
memang penuh kedai eskem itu, kerana suhu pada hari itu teramat2 panas..
petangnya, kami ke pantai yang ada light house untuk menikmati sunset..
biarpun tidak sempat, tapi memang teramat menakjubkan panorama di langit dan laut..
subhanallah..
diberi tazkirah oleh ukht..
kemudian bersama pulang dan bermalam di rumah ukht.. kerana akan bertolak ke sydney bersama2 esok harinya..

esoknya, lepas subuh dan berhemat diri kami bertolak ke sydney.. dan tiba di destinasi 2 jam kemudian..
oh, rupanya2 ianya rumah saudara ku yang pernah aku kenali 3 tahun dahulu -2007- di winter gath..
=)
alhamdulillah.. memang satu nikmat untuk bertemu kembali..
dan kerana ukht.. akan berbincang dengan ukht2 lain, maka buat pertama kalinya, diriku bersetuju untuk masak.. hoho..memang tawakal habis.. sebab dahlah x reti masak, pastu tetiba nak masak untuk orang dan untuk teman nya..
selepas masak, terus bersiap untuk ke airport..
di epot, pada mulanya dah cuak kalau berlaku lagi benda2 yang akan mengganggu perjalanan pulang.. tapi, alhamdulillah, it was smooth..
nampaknya, memang pemergian aku dari tanahM tidak patut, dan pemulangan aku memang menunjukkan aku perlu berada di sini, kerana banyak yang aku perlu lakukan.
-seorang daie itu tidak kenal erti rehat,ia tanda awal bibit2 kelalaian-
ok, pasni kena pack up, sat gi kena ke clytn tuk u' dan seterusnya meneruskan kembara memperbaiki niat - ruhul jadid-

-pen off-

No comments: