11 January 2011

kadangkala.. senang untuk kita mengungkapkan kata ikhlas..
lahir dari bibir.. namun sejurus itu juga ia terbang dibawa hembusan angin..

pelbagai jenis gerak kerja yg jelas perlu keikhlasan..
dan kebanyakkan darinya itu, mencorak menjadi sebahagian dari daily time-plan..

dan daripada itu, apabila ia menjadi suatu rutin..kebiasaan..
maka.. sedar ataupun tidak.. keikhlasan yang pada awalnyer zahir murni..
lama kelamaan, ia hanya sekadar menjadi ikhlas pada minda..tp bukan lagi di hati..

--------------
"wahai tuhanku.. aku keluar untuk merenungi hebatnya ciptaanMu, dinaungi indahnya pawana ukiranMu,Yang Maha Agung..
untuk melahirkn keinginan dalam diri ini untuk terus sujud padaMu..dan lebih mengenaliMu dengan lebih erat..
Ya Rabb, tetapkanlah diriku untuk tetap taat padaMu, biarpun ramai di luar sana memilih untuk pergi jauh dariMu.."

"ya Allah.. maafkan hambaMu ini dlm segala kata2nya, baik secara penulisan mahupun tata bicara,,
maafkan diri ini, jika ia dizahirkan bukan untuk menggapai redhaMu..maafkan, jika ia lahirkan titisan2 riya dlm hatiku..
lebih ku mohon keampunanMu, andai setiap perilaku ku bertentangan dari kata2 ku..
faghfirrli ya Rahman.. faghfirlli ya Raheem.."
-------------

No comments: