22 July 2007

Sains dan Teknologi
Semuanya jadi buruan pemuda pemudi
Arus dunia bergerak pantas tanpa henti
Pabila terjaga sudah mara kehadapan lagi

Memang tidak dinafikan, arus perkembangan sains dan teknologi ini sememangnya bagus, dan di sarankan di dalam islam.
Mengurus bumi ini untuk memudahkan kehidupan seharian seluruh alam.
Jesteru itu, adakah perlu kita memfokuskan 100 peratus kehidupan kita di dunia ini semata-mata untuk mengejar dunia sains dunia teknologi?
Tidak perlu la kita beribadat kepadaNya kerana tugas mengurus bumi ini jelas tertulis dalam Al-Quran
Bengong mu ni, beribadat kepada Allah pun telah diperintahkan di dalam Al-Quran. Bukan sekali dua, malah berulang-ulang kali.
Janganlah engkau guna alasan untuk mencapai ‘ilmu’ ke liang lahad sebagai hujah2mu untuk tidak beribadat, mengabdikan diri pada Penciptamu Yang Maha Agung.
Takkan hendak kamu tunduk pada dunia angan-angan manusia.
Tidak sempurna dunia jika berdasarkan fikiran manusia. Seharusnya kamu tunduk pada Yang Esa
Bila tiba pengkahiran dunia nanti, sains, teknologi semua tidak membawa apa-apa erti. Kan di hancur, di musnah kesemuanya. Yang kan engkau bawa bukanlah sijil-sijil ijazah kejayaan mu, tetapi amalan mu ketika di dunia ini.
Engkau kan fikir, kolot lah aku kalau beribadat sahaja. Duduk diam-diam kat masjid. Bertasbih, bertafakur. Jadi tok siak gitu.
Hah, itulah kamu, pelajari islam biarlah dengan sepenuhnya.
Ibadat tidak terbatas kepada solat,puasa,zakat,baca quran..etc..sahaja
Engkau makan,minum,tidur,masak,ke kelas, berziarah dll.. semuanya itu boleh kan kau dapat imbalan ganjaran pahala, jika engkau niatkan semuanya kerana Allah semata-mata, dan menggunakan tetapan syarak sebagai garis panduan. Yang penting, laksanakan ibadat wajib mu dengan kyusuk dan penuh keikhalasan terlebih dahulu. Jangan pula yang wajib engaku biarkan, yang sunat engkau lebih-lebihkan..
Ajaran sesat mana pula yang kau ikut tu.. Yang pasti, bukan yang diajarkan oleh Rasulullah..
Hm, bila diri sendiri sudah kembali kepada fitrah sebenar, takkan engkau nak berdiam diri sahaja apabila melihat kemungkaran berlaku di depan mata.
Di manakah amalan AMAR MA”RUF NAHI MUNGKAR mu. Kata sudah beramal dengan islam sebenarnya. Sudah tiba masanya anda bertindak, bergerak mengajak pula mereka supaya kembali ke dunia yang sebenar

No comments: